PETALING JAYA: Perikatan Nasional (PN) didakwa telah diselamatkan daripada pihak yang merancang menjadikan gabungan itu sebagai bahan cagaran dan mahar politik.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, gabungan itu dirancang untuk dijadikan hantaran penyatuan dua pihak yang selama ini berunding secara senyap.

“Hakikatnya PN telah diselamatkan daripada pihak yang merancang untuk menjadikannya bahan cagaran, mahar politik dan hantaran penyatuan dua pihak yang selama ini berunding di dalam senyap.

“Jika dengan kuasa nipis di dalam parti yang kecil sahaja pun mereka sanggup merayu untuk saling menyokong satu sama lain atas semangat ‘kekanda dan adinda’, apatah lagi jika PN masih kekal bersama mereka,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.