Kronologi kejadian berkaitan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berhubung insiden perselisihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA):

Operasi pemantauan AKPS oleh Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, yang menjalankan tugas penguatkuasaan serta pemantauan operasi keselamatan dan kawalan sempadan di KLIA.

Sewaktu operasi dijalankan, timbul perselisihan faham apabila dua individu (yang merupakan anggota rendah polis) hadir merakam aktiviti penguatkuasaan.

Selain itu, video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kejadian itu serta salinan laporan polis yang didakwa dibuat oleh individu yang mendakwa menjadi mangsa layanan kasar Shuhaily turut tular di media sosial.