KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang esok.

Menurut sumber, Mohd. Shuhaily akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada dua anggota polis di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang 28 September lalu.

Pada 17 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memaklumkan, Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan kertas siasatan kes tersebut kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, AGC meminta beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap kertas siasatan berkenaan sebelum memutuskan untuk sebarang tindakan lanjut.