Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain akan dituduh di Mahkamah Majistret Sepang, esok.
Sumber berkata, Shuhaily akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada dua anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada 28 September lalu.
Pada 17 Oktober lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) memulangkan kertas siasatan kes itu kepada polis untuk tindakan lanjut, baru-baru ini.
Beliau berkata, AGC meminta beberapa penambahbaikan dilakukan terhadap kertas siasatan itu sebelum memutuskan tindakan lanjut.









