Jakarta: Kebakaran hutan di Indonesia yang mencetuskan krisis jerebu serantau memusnahkan lebih 1.9 juta hektar kawasan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026, menurut pemantau yang menganalisis data satelit pada Isnin.

Laporan itu dikeluarkan ketika pegawai Indonesia memaklumkan bahawa negara itu menerima bantuan daripada negara jiran, Malaysia dan Singapura, bagi memadamkan kebakaran.

"Kami sudah memberikan maklum balas terhadap tawaran bantuan itu... mereka (Malaysia) akan membantu dengan tiga pesawat dan 52 anggota," kata Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik dan Keselamatan, Dudung Abdurachman, kepada pemberita di Jakarta.

Malaysia berulang kali menawarkan bantuan bagi memadamkan kebakaran yang menyebabkan tahap pencemaran udara meningkat mendadak di ibu negaranya sendiri serta beberapa kawasan lain di rantau ini.