Bucharest: Polis Romania menahan seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun selepas disyaki menikam dan mencederakan seorang guru serta rakan sekolahnya di Bistrița pada Isnin.
Penahanan itu dibuat susulan laporan media tempatan bahawa pelajar berkenaan didakwa memuat naik hantaran mengenai rancangannya di media sosial tidak lama sebelum serangan berlaku.
Sekolah di beberapa negara Eropah termasuk Poland, Perancis dan Sweden berdepan siri serangan sepanjang tahun ini. Dalam sesetengah kes, pihak berkuasa mengaitkan keganasan itu dengan pengaruh media sosial serta subbudaya dalam talian yang mengagungkan pembunuhan.
"Kira-kira jam 8.40 pagi, polis menerima makluman bahawa seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Bistrița disyaki menyerang seorang guru wanita dan seorang lagi pelajar menggunakan pisau," menurut kenyataan polis.






