BEIJING: Import minyak mentah China dari Rusia, pembekal utamanya, berjumlah 9.94 juta tan metrik pada September, bersamaan 2.42 juta tong sehari, menurut data kastam pada Selasa.
Jumlah itu meningkat 20 peratus berbanding setahun lalu, namun menyusut 11 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Brazil pula mengatasi Arab Saudi sebagai pembekal minyak mentah kedua terbesar China bagi tempoh sembilan bulan pertama 2026.
China mengimport 44.29 juta tan minyak mentah dari Brazil antara Januari hingga September, mengatasi 43.12 juta tan yang dibekalkan Arab Saudi dalam tempoh sama.










