Kota Bharu: Jenayah komersial di Kelantan menunjukkan peningkatan ketara iaitu 2,092 kes tahun ini berbanding 1,329 kes tahun lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat, berkata peningkatan itu membabitkan pertambahan sebanyak 763 kes.
"Jumlah kerugian turut meningkat daripada RM31.52 juta kepada RM36.52 juta," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.










