KOTA BHARU – Kes jenayah komersial di Kelantan meningkat sebanyak 763 kes kepada 2,092 kes bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding 1,329 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, selain itu, jumlah kerugian mangsa bertambah daripada RM31.52 juta kepada lebih RM36.52 juta sekali gus menunjukkan ancaman jenayah komersial yang semakin membimbangkan.

Katanya, kes penipuan e-dagang turut mencatatkan peningkatan ketara apabila naik daripada 309 kes kepada 716 kes, manakala jumlah kerugian meningkat daripada RM2.31 juta kepada RM3.10 juta.

“Jenayah siber lain turut meningkat daripada 354 kes kepada 476 kes dengan nilai kerugian bertambah daripada RM6.43 juta kepada RM7.50 juta.