Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal menjalin kerjasama dengan dua syarikat besar tempatan yang dikenal pasti sebagai penaja baharu.

Perkembangan positif itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Media dan Pemasaran FAM, Datuk Syed Mahadi Syed Hassan sambil menjelaskan perbincangan bersama kedua-dua syarikat berkenaan sudah mencapai peringkat akhir.

Tanpa mendedahkan identiti syarikat terbabit, beliau berkata kedua-duanya memberikan komitmen untuk bekerjasama dengan FAM dan memorandum persefahaman (MoU) dijangka dimeterai dalam masa terdekat.

"Insya-Allah dalam masa terdekat kita akan dapat penaja-penaja baru yang kita sudah kenal pasti, penaja-penaja yang sudah bagi komitmen. Dalam masa terdekat kita akan menandatangani MoU dengan penaja baru.