Tokyo: Seorang timbalan datuk bandar di barat Jepun meninggal dunia selepas dihempap kenderaan berhias gergasi ketika menyertai perarakan festival tempatan, kata pegawai pada Isnin, seminggu selepas dua lagi individu dilaporkan maut dalam festival tradisi berasingan.
Timbalan Datuk Bandar Saijo di wilayah Ehime, Akihiro Nabae, sedang mengangkat kenderaan berhias gergasi bersama peserta lain pada Sabtu sebelum terperangkap di bawahnya, menurut pegawai bandar raya dan polis kepada AFP.
Beliau dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia, lapor media tempatan.
Punca sebenar kematiannya termasuk "sama ada kenderaan berhias itu terjatuh atau beliau hilang keseimbangan" masih dalam siasatan, kata Timbalan Pengarah Balai Polis Tempatan, Makoto Hagiyama kepada AFP.








