Kota Bharu: PAS kecewa dengan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN), hanya dua hari sebelum Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dijadual mendengar permohonan semakan kehakiman bagi mencabar tindakan jabatan berkenaan.

Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, masa keputusan itu dibuat menimbulkan persoalan, lebih-lebih lagi ketika permohonan semakan kehakiman itu dijadual didengar pada Khamis ini.

"PAS melahirkan kekecewaan terhadap tindakan RoS memandangkan hanya tinggal dua hari sebelum mahkamah mendengar semakan kehakiman berhubung sekatan yang dikenakan RoS.

"Ini jelas mencerminkan ketakutan kerajaan MADANI terhadap PN, khususnya dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan pilihan raya umum akan datang," kata ketika dihubungi di sini, hari ini.