KULIM: Lapan lelaki tempatan didenda RM5,000 setiap seorang selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan melakukan penipuan dalam talian, baru-baru ini.

Kesemua tertuduh, Lee Jian, 29; Franky Ooi Zhen Yang, 26; Tan Ka Kien, 35; Lee Wai Yean, 30; Loh Seng Huang, 26; Lee Yi Chyn, 37; Loo Kuan How, 41, dan Chew Joo Hock, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nur Hamizah Mat Shah.

Mereka turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya gagal menjelaskan denda yang dikenakan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menjalankan aktiviti penipuan dalam talian di premis di Jalan Lebuh Bandar 2/3, Bandar Putra Kulim, di sini pada pukul 8 malam, 9 Oktober lalu.