KUANTAN: Polis menumpaskan sindiket pusat panggilan penipuan dalam talian atau phone scam menerusi lima operasi, masing-masing empat di daerah ini dan satu di Genting Highlands, Bentong dari 6 hingga 14 Oktober lalu.

Pemangku Ketua Polis Pahang, Datuk Azry Akmar Ayob, berkata dalam operasi terbabit, seramai 31 individu, masing-masing empat warga tempatan dan 27 warga asing ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket itu.

Katanya, warga asing yang ditahan adalah 25 warga China dan masing-masing seorang warga India dan Myanmar.

"Dalam operasi itu, polis turut merampas pelbagai peralatan antaranya komputer, komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM4,850.