KOTA TINGGI: Dua wanita masing-masing dipenjara lima hari dan denda RM3,000 atas kesalahan memalsukan dokumen sijil cuti sakit (MC), awal bulan ini.

Majistret, Nur Najihah Hamidi, menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Alia Mysarah Hairol, 23, dan Nurin Atiqah Kamalrudin, 22, mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkapan, manakala jika tertuduh gagal membayar denda, penjara ditambah tiga hari lagi.

Mengikut kertas pertuduhan, kedua-dua wanita itu didakwa bersama-sama memalsukan satu dokumen iaitu sijil cuti sakit secara fraud yang mana diketahui bahawa sijil cuti sakit itu adalah palsu.