ISTANBUL: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Isnin menggesa supaya nama negeri New Mexico di barat daya negara itu ditukar kepada 'New America'.
Beliau memberi alasan perubahan berkenaan mampu meningkatkan prestij, nilai hartanah dan pendapatan penduduknya, lapor Anadolu Ajansi.
"New Mexico perlu segera menukar namanya kepada 'New America'. Kita bukan Mexico, kita ialah Amerika Syarikat!"
"Nama itu akan meningkatkan nilai dan prestij negeri berkenaan! Nilai rumah dan pendapatan akan meningkat, malah anda akan berasa lebih bangga ketika memberikan tabik hormat kepada bendera AS yang indah!" tulis Trump menerusi platform Truth Social.








