KUALA LUMPUR: Hubungan ekonomi Malaysia-Switzerland terus berkembang apabila perdagangan dua hala mencapai nilai RM13.4 bilion pada 2025, meningkat 9.8 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata setakat Jun lalu sebanyak 211 projek pembuatan dengan penyertaan Switzerland dilaksanakan di negara ini membabitkan pelaburan bernilai RM12.8 bilion dan mewujudkan 19,744 peluang pekerjaan.
Beliau juga mengalu-alukan lebih banyak pelaburan berkualiti yang dapat memperkukuh keupayaan industri tempatan dan membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat Malaysia.
"Kami turut membincangkan Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-EFTA (MEEPA) dan usaha memperkukuh kerjasama pelaburan.









