KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan membuktikan bahawa kerjasama atau persefahaman antara kedua-dua gergasi Parti Melayu iaitu UMNO dan Pas adalah jawapan kepada kegusaran umat Melayu-Islam di negara ini.Keputusan PRN di Johor serta Negeri Sembilan menunjukkan di mana setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang majoriti pengundinya Melayu disapu bersih oleh calon-calon dari BN atau PN.Malah terdapat banyak kerusi yang sebelum ini dikuasai oleh Pakatan Harapan (PH) melalui DAP, PKR dan Amanah kembali dirampas oleh BN atau Perikatan Nasional (PN).Paling menakutkan PH dalam PRN Negeri Sembilan adalah kekalahan Setiausaha Agung DAP, iaitu Anthony Loke kepada calon muda MCA di kubunya iaitu Chennah. Kekalahan itu membawa petunjuk bahawa orang Cina mulai menolak DAP.Nyata sekali bahawa untuk menumbangkan PH adalah melalui penyatuan seluruh tenaga Melayu dari semua sudut serta peringkat. Itulah formulanya. Mudah.Formula menjatuhkan PH serta menumbangkan PMX telah ditemui bersandarkan kemenangan PRN Johor dan Negeri Sembilan. Jadi mengapa pula timbul masalah dalam pembahagian kerusi Parlimen di Semenanjung Tanah Melayu?Pembahagian kerusi di Johor dan Negeri Sembilan dapat di atasi dengan sempurna. Mengapa dimomokkan soal pembahagian kerusi parlimen? Apa masalahnya?Rakyat dapat melihat kepimpinan besar Melayu menggesa ke arah penyatuan umat Melayu. Tun Dr. Mahathir yang berusia lebih 100 tahun menyeru kepada penyatuan melalui Payung Besar Melayu.Baginya, umat Melayu perlu bersatu tanpa memperhitungkan garis politik serta melupakan lambang parti. Maksud beliau yang tersirat, supaya umat Melayu meninggalkan ketaksuban kepada parti sebaliknya berjuang demi kepentingan bangsa Melayu.Pada masa yang sama, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut melontarkan gagasan yang hampir sama dengan Tun Dr. Mahathir.Gagasan murni beliau ialah Rumah Bangsa yang diumumkan semasa ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 pada 16 Januari 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).Baginya, Rumah Bangsa adalah sebuah falsafah politik untuk menghimpunkan serta menyatukan umat Melayu. Ianya sebagai wadah penyatuan semula warga UMNO yang sudah tidak bersama di samping menjemput seluruh umat Melayu untuk turut berjuang di dalam UMNO.Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mengajak umat Melayu-Islam di negara ini menggembelengkan tenaga bagi mengalahkan Pakatan Harapan (PH) pada PRU ke 16 nanti.Nada yang sama turut disuarakan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Hasim Jasin. Jelas kedua-dua tokoh besar Pas itu mahukan kuasa politik negara ini berada di tangan umat Melayu-Islam.Yang tersirat dari kenyataan mereka bahawa teras kuasa politik negara perlu dalam genggaman orang Melayu-Islam dari parti Melayu.Kepentingan bersama kepimpinan besar Melayu ini adalah menumbangkan PH. Matlamatnya sudah jelas iaitu teras kuasa wajib di tangan Melayu-Islam dari parti Melayu.Bila tujuan serta matlamat semakin jelas. Bila