SHAH ALAM - Pemberian hak penjualan tiket kepada terminal berlesen bukan sekadar keistimewaan komersial, sebaliknya turut meletakkan tanggungjawab kepada pihak terminal untuk memastikan operasi lebih cekap dan sistematik.Pengerusi Terminal Management and Services Sdn. Bhd (TMAS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pelaksanaan dasar itu turut membolehkan pihak terminal mengurus penumpang, jadual perjalanan dan pelepasan bas dengan lebih teratur."Melalui dasar ini, pihak terminal mempunyai keupayaan yang lebih berkesan untuk memantau harga tiket dengan lebih jelas serta memastikan pematuhan terhadap kadar tambang yang ditetapkan."Langkah ini dapat membantu mengawal aktiviti penjualan tiket yang tidak mematuhi peraturan dan standard ditetapkan pihak kerajaan."Pelaksanaan dasar melalui Sistem Tiket Bersepadu (CTS) diyakini dapat membanteras kegiatan penjualan tiket tidak sah," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.Sebelum ini, media melaporkan ketetapan baharu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang hanya membenarkan penjualan tiket bas ekspres melalui terminal berlesen mulai 1 November depan.Mengulas lanjut, Nazri berkata, keputusan itu merupakan langkah positif untuk memperkukuh tadbir urus terminal bas ekspres, meningkatkan ketelusan transaksi kepada pengguna serta menawarkan caj komersial yang lebih bersesuaian kepada pengendali bas ekspres.Tambah beliau, sistem berkenaan juga membuka peluang kerjasama komersial yang lebih kompetitif kepada syarikat pengendali bas ekspres melalui integrasi secara langsung dengan sistem terminal."TMAS akan terus memberikan sokongan dan kerjasama penuh kepada Kementerian Pengangkutan (MOT), APAD serta semua pengendali bas ekspres."Usaha ini bagi memperkukuh ekosistem pengangkutan awam darat yang lebih profesional, berdaya saing dan berpaksikan kepentingan pengguna, industri serta negara," ujarnya.
Hak jual tiket bas ekspres datang dengan tanggungjawab - TMAS

Key points
- SHAH ALAM - Pemberian hak penjualan tiket kepada terminal berlesen bukan sekadar keistimewaan komersial, sebaliknya turut meletakkan tanggungjawab kepada pihak terminal untuk memastikan operasi lebih cekap dan sistematik.
- Pengerusi Terminal Management and Services Sdn. Bhd (TMAS), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pelaksanaan dasar itu turut membolehkan pihak terminal mengurus penumpang, jadual perjalanan dan pelepasan bas dengan lebih teratur.
- Sebelum ini, media melaporkan ketetapan baharu Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) yang hanya membenarkan penjualan tiket bas ekspres melalui terminal berlesen mulai 1 November depan.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- By
- RAJA DANIA SAFIAH RAJA DAUD
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Hak jual tiket bas ekspres datang dengan tanggungjawab - TMAS (this story)




%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fakmal_793074.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)