Kuala Lumpur: Kementerian Pengangkutan memberi jaminan ketetapan baharu penjualan tiket bas ekspres (BE) menerusi terminal dilesenkan tidak akan merugikan pengusaha bas.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebaliknya langkah yang diambil Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) itu hanya mahu menyekat ejen tiket dalam talian (OTA) yang kebanyakannya beroperasi dari luar negara.

"OTA ini hanya ejen tiket secara dalam talian, dan bukan pemegang lesen. Dia jual tiket dan mendapat komisen tetapi tidak menjalankan sebarang perkhidmatan.

"Bagaimana nak buat tuntutan ke apa, kita tidak boleh kawal. Jadi banyak isu operasi yang timbul, disebabkan itu kita mengambil langkah ini untuk memastikan penjualan, pengurusan terminal dan pengurusan tiket menjadi lebih baik.