Paris: Mahkamah Perancis mula menjatuhkan hukuman terhadap individu yang ditahan susulan demonstrasi besar-besaran di Paris pada 17 Okt lalu bertukar menjadi rusuhan, menurut laporan BFMTV pada Isnin, lapor Sputnik/RIA Novosti.
Menurut penyiar itu, beberapa individu yang ditahan susulan keganasan ketika demonstrasi berkenaan telah dihadapkan ke mahkamah menerusi prosedur perbicaraan yang dipercepatkan.
Seorang cef berusia 21 tahun yang juga bekas anggota bomba merupakan antara individu yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara lapan bulan, dengan dua bulan daripadanya perlu dijalani dalam penjara.
Lelaki itu ditahan sebelum demonstrasi bermula selepas ditemukan membawa lapan botol minuman beralkohol di dalam begnya.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F08%2F398186c9cd3ad7b88a8bb2cecd34ff72.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)