KUALA LUMPUR: Peningkatan pelepasan cukai individu kepada RM12,000 daripada RM9,000 di bawah Belanjawan 2027 dijangka mengurangkan potongan cukai bulanan pembayar cukai mulai Januari tahun depan.
Penasihat Ekonomi Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein, berkata langkah itu akan memberi manfaat serta-merta, khususnya kepada golongan berpendapatan sederhana (M40), menerusi pengurangan potongan cukai bulanan daripada gaji mereka.
"Pelepasan cukai individu tidak pernah berubah selama 20 tahun, jadi saya berpendapat langkah itu sesuatu yang positif. Sebenarnya, itu antara perkara yang berjaya dilaksanakan kerajaan dalam tempoh tiga tahun lalu, sekali gus menyelesaikan banyak isu terkumpul.
"Maksud saya, gaji penjawat awam tidak diselaraskan selama kira-kira 15 tahun sebelum pelarasan dilaksanakan tahun lalu. Begitu juga dengan pencen, termasuk peralihan kepada KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) yang merupakan satu reformasi besar," katanya menerusi audio siar 'Ngopi Dengan Zafrul'.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGreenpeaceIndonesiaprotest1asd2ads1_733522.png&w=480&output=webp&q=85&we)