Kuala Lumpur: Misi menebus kekecewaan tanpa sebarang gelaran pada edisi lalu menjadi pembakar semangat jaguh para badminton negara, Cheah Liek Hou untuk memburu pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.
Bersama gandingannya, Mohamad Faris Ahmad Azri, juara Paralimpik dua kali itu hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan acara beregu lelaki SU5 apabila bakal berdepan pasangan Korea Selatan, Jeon Sun Woo-Kim Ge Yeon dalam aksi terakhir kumpulan (round-robin), esok.
Liek Hou-Faris berada di landasan tepat selepas memenangi dua perlawanan terdahulu menentang pasangan Taiwan, Fang Jen Yu-Pu Gui Yu serta wakil Thailand, Pricha Somsiri-Nattaphon Thaweesap dalam saingan yang membabitkan empat pasangan.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGreenpeaceIndonesiaprotest1asd2ads1_733522.png&w=480&output=webp&q=85&we)
