PELABUHAN KLANG - Sindiket penyeludupan migran dipercayai mengambil kesempatan terhadap keadaan cuaca berjerebu di utara perairan Selangor bagi menyeludup masuk warga Indonesia ke negara ini.Bagaimanapun, kegiatan itu dipatahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor selepas menahan sebuah bot kayu membawa 57 pendatang asing tanpa izin (PATI) di perairan Tanjung Karang, kira-kira jam 12 tengah malam Selasa.Pengarah Maritim Malaysia Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, keadaan jerebu berpotensi menyukarkan pengesanan sasaran.Menurutnya, laluan utara yang digunakan bot berkenaan turut berada di kawasan pinggir liputan radar, menyebabkan pengesanan lebih mencabar berbanding kawasan yang lebih hampir dengan pantai."Jerebu boleh memudahkan mereka memasuki kawasan perairan kita kerana pengesanan radar menjadi lebih sukar."Sasaran yang dikesan mungkin kelihatan terlalu kecil pada paparan radar, menyebabkan ia tidak dapat dikesan dengan baik," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Selangor, Pelabuhan Klang di sini pada Selasa.Beliau berkata, kejayaan tangkapan itu hasil maklumat risikan yang diterima kira-kira jam 11 malam."Sebuah bot iaitu bot Pengalang 41 kemudian diatur gerak ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan."Hasil pemeriksaan mendapati bot kayu berwarna merah berjalur hitam itu membawa seorang tekong, dua awak-awak dan 54 penumpang terdiri daripada 31 lelaki serta 23 wanita berusia antara 18 hingga 60 tahun," katanya.Abdul Muhaimin berkata, siasatan awal mendapati setiap individu dipercayai dikenakan bayaran antara RM1,300 hingga RM1,500 untuk perjalanan berkenaan."Tekong pula dipercayai menerima upah kira-kira RM1,600, manakala setiap awak-awak menerima sekitar RM1,500," katanya."Perjalanan dari Indonesia ke Malaysia mengambil masa kira-kira 26 jam dan sindiket dipercayai mengumpulkan migran di satu lokasi di Indonesia sebelum menggerakkan mereka menggunakan laluan laut," katanya.Menurutnya, sebahagian migran dipercayai memilih laluan tidak sah untuk memasuki semula negara ini kerana pernah disenarai hitam, termasuk akibat tinggal melebihi tempoh dibenarkan.Katanya, kegiatan itu turut didorong faktor ekonomi apabila ada antara mereka yang datang untuk mencari pekerjaan di Malaysia."Modus operandi mereka berubah-ubah, ada yang sudah biasa menggunakan laluan ini dan ada juga yang baru pertama kali memasuki Malaysia."Kita sentiasa memantau kegiatan ini dan akan terus meningkatkan usaha penguatkuasaan bagi menghalang kemasukan migran melalui laluan tidak sah," katanya.Beliau berkata, Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan jenayah rentas sempadan dan akan memberi tumpuan kepada usaha mengesan dalang, tekong serta ejen sindiket."Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki perairan Malaysia melalui laluan yang tidak diwartakan serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM)."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan
Sindiket ambil kesempatan cuaca berjerebu seludup PATI
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian Sindiket ambil kesempatan cuaca berjerebu seludup PATI (this story)




