PUTRAJAYA: Pelaburan bernilai tinggi tidak semestinya menjamin pendapatan tinggi kepada rakyat sekiranya tenaga kerja dan pembekal tempatan tidak berupaya menyertai rantaian nilai, kata Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata, penilaian terhadap pelaburan perlu diperluas dengan mengambil kira kesannya terhadap peluang pekerjaan, perkembangan gaji, kemahiran, produktiviti serta keupayaan perusahaan tempatan, bukan hanya berdasarkan nilai pelaburan yang direkodkan.

"Pelaburan bernilai tinggi tidak semestinya menghasilkan pendapatan tinggi jika tenaga kerja dan pembekal tempatan tidak dapat menyertai rantaian nilai," katanya dalam ucapan sempena Sambutan Hari Statistik Negara 2026 Peringkat Kebangsaan, di sini, hari ini.