Kuala Lumpur: SME Bank akan menyalurkan hampir RM2.8 bilion menerusi pelbagai program pembiayaan dan geran di bawah Belanjawan 2027 bagi memperkukuh daya saing perusahaan tempatan, termasuk usahawan Bumiputera, perusahaan milik wanita dan syarikat dalam sektor pelancongan.
Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Samad Majid Zain berkata, inisiatif itu merangkumi pembangunan usahawan, pelancongan, kelestarian, industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi, pengangkutan dan logistik, infrastruktur serta pemerkasaan eksport.
Katanya, peruntukan itu adalah sebahagian daripada keseluruhan inisiatif berjumlah lebih RM7 bilion yang diamanahkan kerajaan kepada Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB).








