Alor Setar: Perikatan Nasional (PN) boleh menggunakan logo PAS sebagai alternatif untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka susulan pembatalan pendaftaran gabungan itu oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).
Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, penggunaan logo PAS tidak menjadi masalah kerana lambang parti itu sudah dikenali dalam kalangan pengundi.
"PN boleh gunakan logo PAS untuk bertanding dalam pilihan raya," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan RoS membatalkan pendaftaran PN serta kesannya terhadap penggunaan logo gabungan itu pada PRN Melaka.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fakmal_793074.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)