Kuala Lumpur: Harapan beregu campuran negara, Jimmy Wong-Cheng Su Yin untuk melangkah jauh pada Terbuka Perancis 2026 tidak kesampaian apabila tewas kepada pasangan Indonesia, Amri Syahnawi-Nita Violina Marwah pada pusingan pertama, hari ini.
Gandingan ranking ke-41 dunia itu terpaksa akur selepas tewas 20-22, 18-21 kepada pasangan nombor 12 dunia berkenaan dalam pertarungan yang berlangsung selama 38 minit.
Jimmy-Su Yin mempamerkan aksi meyakinkan pada set pertama apabila sentiasa memberi saingan dan mendahului lawan, namun pasangan negara mula kehilangan rentak ketika perlawanan menghampiri penghujung set.
Pasangan Indonesia berkenaan akhirnya memintas untuk mendahului 19-18 sebelum memanfaatkan peluang bagi menutup set pertama dengan kemenangan 22-20.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGreenpeaceIndonesiaprotest1asd2ads1_733522.png&w=480&output=webp&q=85&we)
