Kuala Lumpur: Pelakon, Ruhainies menghantar Notis Tuntutan (LOD) kepada tiga individu yang didakwa melemparkan fitnah terhadapnya di media sosial apabila mengaitkannya dengan seorang individu berpengaruh.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, berkata, tindakan itu diambil selepas fitnah masih berlarutan walaupun dia sebelum ini sudah membuat penafian.

"Beberapa hari lalu, nama saya difitnah dan perkara ini bukanlah baru berlaku, sebaliknya sudah lama berlarutan. Sebelum ini pun saya pernah berhadapan dengan situasi ini.

"Saya sudah cuba buat penafian melalui media, tapi ada yang menganggap saya main-main, katanya semua orang boleh nafikan.