KUALA LUMPUR: Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Bhd (SME Bank) menyambut baik mandat bernilai kira-kira RM2.8 bilion yang diterima melalui Belanjawan 2027 bagi memperkasa perusahaan Malaysia merentasi tujuh sektor keutamaan.

SME Bank iaitu anak syarikat Kumpulan Bank Pembangunan Malaysia Bhd (Kumpulan BPMB) menyatakan inisiatif berkenaan akan memperkasa pelbagai sektor.

Satu daripada sektor yang akan diperkasa iaitu pembangunan usahawan, pelancongan, kelestarian, industri berpertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi, pengangkutan dan logistik, infrastruktur serta pemerkasaan eksport.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Samad Majid Zain, berkata Belanjawan 2027 membuka peluang baharu kepada perusahaan Malaysia menerusi inisiatif strategik bernilai kira-kira RM2.8 bilion yang diamanahkan kepada SME Bank.