Kuala Lumpur: Ketajaman jentera serangan Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mencuri perhatian apabila gandingan Shahab Zahedi dan Bergson da Silva berada di tangga keempat senarai Best Goal-Scoring Duos yang dipaparkan Transfermarkt dengan keseluruhan 21 gol.
Kedudukan itu meletakkan dua penyerang Harimau Selatan berkenaan sebaris dengan beberapa gandingan prolifik dari kelab luar negara, sekali gus mencerminkan kemampuan mereka menghasilkan jaringan dalam saingan musim ini.
Berdasarkan senarai berkenaan, gandingan Barcelona, Raphinha dan Lamine Yamal berkongsi kedudukan teratas dengan 23 gol, jumlah sama turut direkodkan pasangan Benfica, Vangelis Pavlidis dan Gianluca Prestianni.
Turut berada di depan Shahab-Bergson iaitu di tempat ketiga ialah gandingan J Zwarts dan I Pittas yang mengumpul 22 gol, manakala pasangan JDT itu merekodkan 21 gol untuk menduduki tangga keempat.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fakmal_793074.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)