KUALA LUMPUR: Ketajaman jentera serangan Johor Darul Ta'zim (JDT) terus mencuri perhatian apabila gandingan Shahab Zahedi dan Bergson da Silva tersenarai dalam kelompok Best Goal-Scoring Duos, dipaparkan Transfermarkt seterusnya bersaing dengan nama besar bola sepak Eropah.

Gandingan penyerang Harimau Selatan itu menduduki tangga keempat dengan merekodkan 21 sumbangan jaringan menerusi gol dan bantuan gol berdasarkan senarai berkenaan.

Lebih menarik, gandingan itu turut berada dalam kelompok sama dengan duo Barcelona, Raphinha dan Lamine Yamal, yang merekodkan 23 sumbangan jaringan, jumlah sama turut direkodkan pasangan Benfica, Vangelis Pavlidis dan Gianluca Prestianni.

Turut tersenarai ialah gandingan Bayern Munich, Harry Kane dan Michael Olise, yang mengumpul 18 sumbangan jaringan, sekali gus memberikan gambaran persaingan membabitkan beberapa nama besar dalam bola sepak antarabangsa.