KUALA LUMPUR: Cadangan untuk menaikkan had umur minimum bagi mendapatkan lesen motosikal daripada 16 kepada 18 tahun perlu diteliti secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ini kerana, langkah itu mempunyai kebaikan dan keburukan, termasuk risiko lebih ramai remaja menunggang motosikal tanpa lesen sah.

"Perkara ini sedang dikaji, tetapi setakat ini, belum ada keputusan berhubung had umur berkenaan. Kita pernah membincangkan perkara ini beberapa tahun lalu. Namun, terdapat kebaikan dan keburukannya.

"Jika kita menaikkan had umur untuk mendapatkan lesen motosikal, pelajar sekolah menengah tidak lagi boleh mendapatkan lesen.