BENGALURU: Harga minyak meningkat pada Selasa dengan Brent berlegar hampir paras tertinggi lima bulan apabila pedagang mengambil kira premium risiko geopolitik susulan serangan Houthi terhadap infrastruktur Arab Saudi serta laporan serangan kapal di rantau Teluk.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$0.55 (RM2.24), atau 0.50 peratus, kepada AS$110.10 (RM449.34) setong setakat 11.19 pagi waktu Malaysia.

Brent mencecah AS$110.70 (RM451.79) setong pada sesi sebelumnya, paras tertinggi sejak 20 Mei.

Kontrak minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS bagi penghantaran November, yang bakal tamat tempoh pada Selasa, meningkat 0.24 peratus kepada AS$103.91 (RM424.08) setong.