PETALING JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kehadirannya ke konsert Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza, Sabtu lalu demi menyantuni permintaan Biduanita Negara itu dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Anwar mendedahkan perkara tersebut di Parlimen hari ini disebabkan kehadirannya ke konsert tersebut ditegur oleh segelintir pihak.
“Saya pergi kerana Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K mohon sangat-sangat saya hadir. Saya hadir walaupun lambat sedikit.
“Tetapi saya ditegur oleh beberapa rakan. Terima kasihlah. Yang tegur itu yang warak-warak yang tak pernah dengar lagu.









