SUBANG JAYA – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun enam bulan dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari kediamannya di Puchong Utama, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu daripada ahli keluarganya kira-kira pukul 9.25 malam.
Menurutnya, orang hilang (OH) berkenaan kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya di No. 3-09, Pangsapuri Seri Pelangi, Jalan Puchong Utama 5, Taman Puchong Utama, kira-kira pukul 10.30 pagi.
“OH dikenali sebagai Nor Rowaiea Abdullah, mempunyai ketinggian 155









