PETALING JAYA – “Saya pergi kerana Siti Nurhaliza dan suami, Datuk K mohon sangat-sangat saya hadir.”

Itu perkongsian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ‘menjawab’ usikan Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan yang memintanya turut mengajak ahli Parlimen lain sekiranya menghadiri konsert Biduanita Negara itu pada masa akan datang.

Menurut Anwar, beliau hadir bagi memenuhi permintaan penyanyi terkenal itu dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa untuk menghadiri Konsert Tradisional Gema Bumantara di Stadium Nasional Bukit Jalil, baru-baru ini.

“Memang betullah, saya bukanlah minat tapi saya pun hadir walaupun pergi lambat sikit,” katanya.