KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan keputusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membatalkan pendaftaran Perikatan Nasional (PN) membuktikan parti diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu berada di pihak yang benar.

"Keputusan hari ini membuktikan bahawa BERSATU berada di pihak yang benar untuk menyelamatkan Perikatan Nasional," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau turut menjelaskan punca keputusan RoS itu kerana tindakan kepimpinan PN yang dipengerusikan PAS menafikan hak BERSATU dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN pada 16 Julai lalu.

"Ia antara pelanggaran perlembagaan yang membawa kepada pembatalan pendaftaran PN," katanya menambah keputusan RoS itu juga membuktikan alasan dan keterangan diberikan PAS ketika siasatan adalah tidak berasas serta tidak memenuhi kehendak undang-undang dan Perlembagaan PN.