JAKARTA: Kira-kira 9,500 anggota polis Indonesia akan dikerahkan di ibu negara, Jakarta, hari ini bagi mengawal demonstrasi sempena genap dua tahun Presiden Prabowo Subianto memegang jawatan.
Jurucakap polis Jakarta, Budi Hermanto, berkata penugasan anggota polis berkenaan susulan rancangan mahasiswa daripada sekurang-kurangnya dua universiti untuk mengadakan demonstrasi di beberapa lokasi di sini.
Badan pelajar Universiti Indonesia pula memaklumkan demonstrasi itu akan membangkitkan isu kebakaran hutan, kejatuhan mendadak pasaran saham dan kelemahan nilai rupiah yang disifatkan sebagai petunjuk kerapuhan ekonomi republik berkenaan.
Bagaimanapun, belum dapat dipastikan jumlah mahasiswa yang dijangka menyertai demonstrasi itu.








