JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) mengingatkan semula mengenai Fatwa MUI Bilangan 30 Tahun 2016 bahawa membakar hutan yang mengakibatkan kerosakan dan kesan buruk lain adalah haram.

Ia mengingatkabn semula perkara itu susulan kebakaran hutan dan tanah yang kembali melanda beberapa wilayah di negara itu sehingga memberi kesan serius terhadap kesihatan, ekonomi serta alam sekitar.

“Melakukan pembakaran hutan dan tanah yang boleh mengakibatkan kerosakan, pencemaran alam sekitar, kerugian kepada orang lain, gangguan kesihatan dan kesan buruk lain adalah haram,” menurut Fatwa MUI Bilangan 30 Tahun 2016.

Pihak yang memudah cara, membiarkan atau mengambil keuntungan daripada pembakaran hutan juga dihukum haram.