KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Alumni Dasar Pandang ke Timur (ALEPS), Isrami Ismail, menerima Penghargaan Menteri Luar Jepun 2026 sebagai pengiktirafan terhadap komitmennya dalam memperkukuh hubungan persahabatan antara Malaysia dengan Jepun.Penghargaan itu disampaikan oleh Duta Jepun ke Malaysia, TYT Shikata Noriyuki, dalam satu majlis yang berlangsung di Kediaman Rasmi Jepun di Kuala Lumpur pada Selasa.Dalam ucapannya, Shikata menghargai komitmen Isrami dalam mempererat hubungan kedua-dua negara menerusi pendidikan, pertukaran budaya dan usaha memperkukuh persefahaman antara rakyat Malaysia dengan Jepun."Komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan antara rakyat Malaysia dan Jepun amat penting dalam memastikan persahabatan kedua-dua negara terus berkembang."Usaha menerusi pendidikan dan pertukaran budaya juga membantu meningkatkan persefahaman serta mengeratkan hubungan antara generasi muda," katanya.Pengiktirafan berkenaan diberikan atas sumbangan Isrami dalam memperluas jaringan alumni Malaysia yang pernah melanjutkan pengajian di Jepun, selain menggalakkan generasi muda meneroka peluang pendidikan di negara itu.Berucap pada majlis berkenaan, Isrami berkata, pengalaman menuntut di Jepun bukan sahaja memberikannya ilmu dan kemahiran, malah membentuk nilai disiplin, ketekunan, kerendahan hati serta tanggungjawab terhadap masyarakat."Pengajaran paling berharga yang saya bawa pulang dari Jepun bukanlah semata-mata ilmu yang dipelajari di dalam bilik kuliah. Sebaliknya, ia merangkumi nilai-nilai yang saya pelajari daripada masyarakat Jepun," katanya.Beliau berkata kejayaan tidak seharusnya diukur berdasarkan pencapaian peribadi semata-mata, sebaliknya turut dinilai melalui sumbangan kepada orang lain."Ukuran sebenar kejayaan bukanlah setinggi mana kita mendaki, tetapi sejauh mana orang lain dapat memperoleh manfaat daripada pencapaian kita," katanya.Isrami turut menegaskan bahawa alumni yang pernah menuntut di Jepun perlu memainkan peranan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat serta memanfaatkan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh untuk kebaikan kedua-dua negara."Mereka yang pernah melanjutkan pelajaran ke Jepun perlu bertanya kepada diri sendiri: Apakah sumbangan yang boleh kita berikan kembali kepada masyarakat yang telah membantu kita berkembang?" katanya.Isrami dilantik sebagai Naib Presiden ALEPS pada 2012 sebelum menerajui persatuan itu sebagai presiden pada 2022.Sejak itu, beliau aktif menggerakkan pelbagai inisiatif bagi mengukuhkan jaringan alumni, mempromosikan pendidikan di Jepun serta meningkatkan pemahaman masyarakat Malaysia terhadap budaya dan kehidupan di negara Matahari Terbit itu.Menerusi ALEPS, beliau turut terlibat dalam pelbagai program pendidikan dan kebudayaan, termasuk pameran pendidikan, pertandingan pidato bahasa Jepun serta aktiviti pertukaran yang membuka ruang kepada masyarakat kedua-dua negara untuk saling mengenali.Usaha berkenaan turut merangkumi program inap desa yang memberi peluang kepada pe