Johor Bahru: Penat lelah melakukan liputan pelbagai kes dan program kepolisan akhirnya terbayar bagi jurugambar sambilan, Muhammad Najmi Nor'Azam, apabila menerima Sijil Penghargaan Ketua Polis Johor.
Muhammad Najmi, 28, yang bertugas di The New Straits Times Press (NSTP) sejak Mac 2025 meluahkan rasa terharu dan bersyukur atas penghargaan buat julung kali daripada Ketua Polis Johor.
Menurutnya, sijil penghargaan berkenaan memberikan suntikan semangat untuknya terus komited dan memberikan yang terbaik dalam tugasannya.
"Rasa segala penat lelah sepanjang membuat liputan bagi apa sahaja kes, sidang media mahu pun majlis rasmi polis Johor akhirnya berbayar.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FGreenpeaceIndonesiaprotest1asd2ads1_733522.png&w=480&output=webp&q=85&we)
