KUALA LUMPUR – Pencipta kandungan, Azrul Affandi Sobry dijadual hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul esok bagi membantu siasatan berhubung satu laporan polis berkaitan video podcast.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Anuar Bakri Abdul Salam berkata, laporan polis itu dibuat oleh pengerusi Kuil Marathadi Madurai Veeran KL bagi menafikan tuduhan berkenaan.

Beliau berkata, pada 18 Oktober lalu kira-kira pukul 3.30 petang, pengadu menerima pautan video podcast daripada rakannya ketika berada di r