KUALA LUMPUR: Pelan Induk Pembasmian Kemiskinan Bandar bagi tempoh lima tahun akan datang perlu diwujudkan dengan memberi tumpuan kepada perumahan, kesihatan, pekerjaan, pendidikan dan bantuan sosial.

Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) berkata pelan itu perlu membabitkan agensi merentas kementerian bagi memastikan usaha menangani kemiskinan bandar dan separa bandar dilaksanakan secara menyeluruh serta berkesan.

Beliau berkata, berdasarkan Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Malaysia dan Negeri 2024, jurang kemiskinan dan pendapatan antara bandar dengan luar bandar masih ketara.

"Kemiskinan mutlak luar bandar kekal pada 10 peratus pada 2024. Pendapatan median isi rumah luar bandar hanya RM4,588 berbanding RM8,139 di bandar.