KUALA LUMPUR: SD Guthrie Bhd menafikan dakwaan bahawa anak syarikat atau pekerjanya mencetuskan kebakaran hutan di Indonesia, dengan menegaskan pemeriksaan terkini di lapangan tidak mengesan kebakaran aktif di mana-mana ladang syarikat itu di negara berkenaan.
Syarikat berkenaan dalam kenyataan memaklumkan, pemeriksaan juga tidak menemukan bukti kebakaran berpunca daripada anak syarikat atau pekerjanya manakala beberapa syarikat yang dikaitkan dengan Guthrie dalam laporan awam sebenarnya tidak dimiliki, diurus atau dikawal oleh kumpulan itu.
"Dakwaan terhadap SD Guthrie menurut laporan itu juga tidak berasaskan bukti yang kukuh dan bercanggah dengan hasil pemeriksaan terkini di lapangan," menurut kenyataan itu.









