PETALING JAYA- Syarikat perladangan Malaysia, SD Guthrie (Guthrie) menafikan laporan yang mendakwa anak-anak syarikat atau pekerjanya mencetuskan kebakaran hutan di Indonesia.Menerusi kenyataan, syarikat bertaraf multinasional itu menegaskan dakwaan terhadap Guthrie tidak berasaskan bukti yang kukuh dan bercanggah dengan hasil pemeriksaan terkini di lapangan yang mengesahkan tiada kebakaran yang masih aktif dikesan di mana-mana ladang milik syarikat tersebut di Indonesia.Tegasnya, pemeriksaan tersebut juga tidak menemukan sebarang bukti bahawa kebakaran berpunca daripada anak-anak syarikat atau pekerja Guthrie."Beberapa syarikat yang telah dikaitkan dengan Guthrie dalam laporan awam juga sebenarnya tidak dimiliki, diurus mahupun dikawal oleh Guthrie," katanya pada Selasa.Ujar Guthrie, syarikat itu telah melaksanakan Dasar Sifar Pembakaran yang ketat di seluruh kawasan operasinya, di samping mendukung komitmen pembangunan Tanpa Penebangan Hutan, Tanpa Tanah Gambut dan Tanpa Eksploitasi sejak tahun 1985.Antara langkah pencegahan yang dilaksanakan termasuklah pemantauan paras air dalam masa nyata, pemantauan aras air bawah tanah di kawasan tanah gambut, kawalan kelembapan pada tahap yang sesuai, program pencegahan kebakaran bersama masyarakat, serta latihan pengurusan tanah secara bertanggungjawab untuk pekebun kecil dan petani tempatan."Apabila kebakaran dikesan dalam kawasan atau berhampiran sempadan operasi Guthrie, syarikat tersebut akan bertindak serta-merta tanpa mengira punca kebakaran."Anak syarikat Guthrie di Indonesia, Minamas Plantation, mempunyai 67 pasukan pemadam kebakaran yang terdiri daripada 1,005 anggota terlatih."Keupayaan ini diperkukuhkan melalui penggunaan dron serta pemantauan inframerah yang meliputi kawasan konsesi perladangan dan kira-kira 322,000 hektar tanah masyarakat di sekitarnya," jelasnya.Menurutnya, Guthrie memperuntukkan kira-kira 3.5 bilion Rupiah (RM800,000) sebulan untuk menyelenggara dan menggerakkan sumber-sumber tersebut.Menerusi anak-anak syarikatnya di Indonesia, Guthrie turut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani kebakaran hutan dan tanah di luar kawasan konsesinya.Antara Januari hingga September 2026, pasukan-pasukan pemadam kebakaran syarikat telah menangani dan memadamkan 2,411 kebakaran, termasuklah 2,376 kejadian yangberlaku di tanah masyarakat setempat.Tindakan membantu memadamkan kebakaran di luar kawasan operasi Guthrie tidak seharusnya dianggap sebagai bukti bahawa syarikat telah mencetuskan kebakaran.Bagi kebakaran yang berlaku di dalam kawasan operasi Guthrie, sistem pemantauan membolehkan pengesanan awal dan tindakan pemadaman diambil dengan segera."Laporan juga dipercayai merujuk kepada peta Hak Guna Usaha (HGU) yang lama dan tidak mencerminkan status pemilikan atau sempadan operasi semasa."Pada masa yang sama, laporan turut mengandungi fakta yang tidak tepat apabila menyatakan bahawa pokok-pokok sawit di kawasan kebakaran telah matang dan perlu ditebang, sedangkan pokok-pokok terse
Guthrie nafi dakwaan cetus kebakaran hutan di Indonesia

Key takeaways
Guthrie menafikan dakwaan yang menyatakan syarikatnya mencetuskan kebakaran hutan di Indonesia.
- Guthrie menegaskan tidak ada bukti yang menunjukkan kebakaran hutan disebabkan oleh anak syarikat atau pekerjanya.
- Syarikat itu mempunyai dasar sifar pembakaran dan langkah pencegahan kebakaran yang ketat.
- Minamas Plantation, anak syarikat Guthrie di Indonesia, mempunyai 67 pasukan pemadam kebakaran.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Indonesia hampir padam kebakaran hutan, 639 hektar masih terjejas
- Malaysiakini (BM) Jerebu: Malaysia sedia bantu Indonesia padam kebakaran hutan
- Free Malaysia Today Guthrie nafi cetus kebakaran hutan di Indonesia
- Sinar Harian Guthrie nafi dakwaan cetus kebakaran hutan di Indonesia (this story)
- Utusan Malaysia Guthrie nafi cetus kebakaran hutan Indonesia








