KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kagum dengan konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang mengangkat dan memperkasa kepelbagaian budaya di negara ini.
Perdana Menteri berkata, kehadirannya pada Konsert Tradisional Gema Bumantara itu malam minggu lalu bertujuan menghargai lantunan lagu etnik kreatif yang dipersembahkan, juga bagi memenuhi jemputan Siti Nurhaliza dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
"Saya hadir juga walaupun lambat sedikit, tetapi kerana ini, saya ditegur beberapa rakan, terima kasih kepada yang menegur. Saya ini ada kelemahan, saya minat juga lagu, bukan sahaja Melayu, Inggeris, Hindustan pun saya minat.
"Pertunjukan berkenaan, Tan Sri Yang Dipertua (Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul) nampak begitu tekun mendengar, memperkasa budaya Melayu, ada wayang kulit, tarian tradisional, pertunjukan Sabah dan Sarawak.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F01%2Fec2efc23f8e97434d5f5f6a6fa403035.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)