KUALA LUMPUR – Hujan tidak menghalang Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai kira-kira 63,000 peminat yang menyaksikan Konsert Tradisional Gema Bumantara Datuk Seri Siti Nurhaliza di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.Anwar dilihat memakai baju hujan demi menyaksikan persembahan bersama penonton, sekali gus membuktikan minatnya dalam irama muzik tradisional dan warisan Nusantara.Siti Nurhaliza ketika di sela konsert berkata, kehadiran Anwar dan barisan menteri Kabinet lain amat dihargai meskipun memiliki jadual kerja yang padat."Terima kasih Perdana Menteri kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana sudi hadir memeriahkan konsert muzik tradisional terbesar saya," katanya.Anwar dilihat duduk bersebelahan suami kepada Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.Konsert Gema Bumantara menampilkan barisan artis jemputan seperti Noraniza Idris, Haziq Rosebi serta penyanyi Indonesia, Lesti Kejora dan King Nassar.Persembahan selama tiga jam itu menampilkan lebih 30 lagu klasik yang mana Siti Nurhaliza turut mengetengahkan keunikan muzik tradisional menerusi persembahan tarian zapin, wayang kulit dan busana warisan.Pada 10 Januari 2026, Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza berlangsung di lokasi sama dengan kehadiran seramai 65,000 peminat.