SHAH ALAM – Video seorang wanita yang tidak menyedari seekor kucing mengambil ayam daripada hidangannya ketika bersiaran langsung di TikTok mencuri perhatian pengguna media sosial.Pemilik video, Siti Nur Ain Muhammad Zawawi, 26, berkata, kejadian itu berlaku ketika dia sedang menikmati nasi kerabu sambil melayan penonton yang mengikuti siaran langsungnya.Ain yang juga Usahawan Affliate Tiktok berkata, dia menghidap glaukoma saraf genetik menyebabkan sejak lahir penglihatannya terbatas."Saya ada masalah mata sejak lahir. Cuma masa saya lahir tu saya masih boleh nampak lagi, cuma tak jelas macam mata orang normal."Tak sedar bila, tahu-tahu mata sebelah kanan 100 peratus tak nampak. Sebelah lagi tu masih nampak cahaya dengan bayang-bayang tapi agak terhad," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalangnya daripada menguruskan kehidupan harian sendiri, termasuk memasak, membasuh, melipat dan menyidai pakaian.Ain berkata, dia sudah terbiasa berdikari sejak kecil kerana ibunya turut mengalami masalah penglihatan."Mak saya pernah cakap, kalau saya tak buat, siapa lagi yang nak tolong buat? saya pegang kata-kata mak saya itu sampai sekarang," ujarnya.
Wanita dedah kisah di sebalik video tular kucing 'curi' ayam

Key takeaways
Seorang wanita yang menghidap glaukoma saraf genetik tidak sedar kucing mengambil ayam semasa siaran langsung TikTok.
- Wanita berusia 26 tahun mengalami masalah penglihatan sejak lahir.
- Dia tidak sedar kucing mengambil ayam semasa menikmati makanan semasa siaran langsung.
- Dia terbiasa berdikari kerana ibunya juga mengalami masalah penglihatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD DZULKARNAIN MOHD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Kerana video tular, hamster dikembalikan
- Harian Metro Kisah di sebalik kejayaan luar biasa Azizulhasni
- Berita Harian Video tular ritual keagamaan, tindakan sedang dijalankan
- Utusan Malaysia MCMC teliti video tular palsu berkaitan Belanjawan 2027
- Sinar Harian Wanita dedah kisah di sebalik video tular kucing 'curi' ayam (this story)





