JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mengehadkan akses pelancong ke Penanjakan, lokasi popular untuk menikmati panorama Gunung Bromo di Jawa Timur, susulan kebakaran hutan yang masih belum dapat dikawal di beberapa kawasan Taman Negara Bromo Tengger Semeru.
Pihak berkuasa taman negara itu memaklumkan bahawa sekatan berkenaan berkuat kuasa mulai jam 9.30 malam tadi waktu tempatan, dengan perjalanan ke kawasan itu dihadkan setakat Lemah Pasar sehingga dimaklumkan kelak.
"Semua pelancong, pengendali pelancongan dan orang ramai digesa mematuhi sekatan berkenaan serta mengutamakan keselamatan semua pihak," menurut notis yang dimuat naik pihak berkuasa itu di media sosial.
Pihak berkuasa berkata, kebakaran bermula berhampiran Pusung Dawa di Probolinggo pada 13 Oktober lalu sebelum merebak ke kawasan taman negara itu.









